eCosway mempunyai model perniagaan yang unik dan terbukti. Ia menawarkan peluang kepada semua untuk berjaya tanpa cabaran yang biasa dikaitkan dengan Pemasaran Rangkaian.
Kejayaan kami berpunca dari rangkaian produk pada harga berpatutan dan berkualiti tinggi, yang diedar menerusi rangkaian ekstensif kedai-kedai eCosway. eCosway menawarkan empat kaedah mudah dan boleh diduplikasi untuk menghasilkan aliran pendapatan berlipat ganda.
Memperkenalkan orang yang berminatdengan peluang perniagaan.
Memperkenalkan orang untuk membeli-belah di mana-mana kedai eCosway.
Memperkenalkan orang yang berminat mengusaha sesebuah kedai eCosway.
Memohon untuk mengusahakan kedai eCosway.
Menerusi eCosway , anda akan belajar betapa mudah dan seronoknya untuk mula membina rangkaian anda sendiri dan meraih pendapatan yang lumayan dan berterusan.
------------------- Formula Kejayaan eCosway -------------------
Produk-produk
Untuk kejayaan produk dan perniagaan, terdapat dua faktor yang benar-benar penting - kualiti dan kepelbagaian. Selama lebih 30 tahun, eCosway telah memupuk kerjasama dengan pembekal bahan-bahan mental dan bahan-bahan terkemuka sedunia, pengilang bereputasi dan penyelidik di serata dunia. Hasilnya, pelbagai produk berkualiti tinggi (sememangnya ¡°terbaik dari yang terbaik¡±) yang sentiasa berkembang merangkumi spektrum kategori yang luas termasuk barangan keperluan harian yang sentiasa mendapat permintaan serta produk baru yang mengujakan yang menjana minat dan mempertingkatkan jualan.
Harga
Kebanyakan syarikat pemasaran rangkaian meninggikan harga produk mereka dari yang sepatutnya. Ini menghindar pembelian ulangan. eCosway amat bangga kerana menawarkan produk berkualiti pada harga yang amat berpatutan, menyebabkan peningkatan jualan, baik daripada pelanggan yang baru berdaftar mahupun pelanggan yang setia.
Promosi
Program Ganjaran Belian eCosway yang inovatif membolehkan pembeli menikmati harga terendah serta pelbagai promosi yang mengujakan seperti diskaun, tawaran produk baru, belian-dengan-belian istimewa dan item-item ganjaran yang menarik.
Pengagihan Fizikal
Anda mungkin pernah dengar bahawa kunci kejayaan perniagaan terletak pada ¡°lokasi, lokasi, lokasi!¡± Kedai eCosway mudah dilawati kerana kami berusaha membuka kedai di kawasan perumahan berkepadatan tinggi, pasar raya besar dan pusat beli-belah. Tidak seperti kebanyakan syarikat MLM yang mempunyai saluran pengagihan terhad, jangkauan ekstensif dan kehadiran eCosway yang semakin meningkat memudahkan para pembeli mencapai pasaran.
Pelan Keuntungan
Apabila anda berdaftar sebagai Pemilik Perniagaan (BO) eCosway, matlamat anda adalah untuk membina rangkaian Pembeli VIP dan Pemilik Perniagaan seperti diri anda.
Kombinasi peluang perniagaan global eCosway yang belum pernah ada, unik dan Pelan Keuntungan yang tiada pemisahan membolehkan anda membina pendapatan yang pantas, lumayan dan berkekalan melalui perkembangan rangkaian global pengguna dan Pemilik Perniagaan anda yang berterusan dan tidak terhad. Anda juga boleh ¡°mewasiatkan¡± perniagaan eCosway anda kepada pewaris, yang memanfaatkan anak-anak anda serta generasi seterusnya.
------------------------ Ganjaran Pembelian ------------------------
Jimat, Raih atau Menang - Pilihan di tangan anda!
eCosway bukan sahaja menawarkan produk hebat pada harga menarik. Kami juga menjalankan promosi, dan program Ganjaran Belian yang menarik agar pelanggan kekal gembira, dan memastikan jualan anda berterusan setiap bulan.
Mata Penebusan (RP)
Semua yang menyertai eCosway sebagai Pemilik Perniagaan mendapat 20 Mata Penebusan (RP) yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun sehingga 20% pada produk pilihan mereka.
Satu RP turut diberikan bagi setiap RM50 (SGD/BND25) yang dibelanjakan dalam satu invois (walaupun invois termasuk item dengan diskaun). Anda juga mendapat RP melalui pembelian Set Produk Istimewa eV.
Nikmati potongan sehingga 20% daripada harga runcit apabila anda membuat pembelian dengan menggunakan RP:
- RP tidak boleh digunakan untuk mendapat diskaun ke atas produk kategori P, S, R atau H.
- eVolum (eV) yang diberikan untuk pembelian produk dengan menggunakan RP ialah 40% daripada harga runcit eV (kecuali Set RP Istimewa dan Set Produk Istimewa eV).
Dengan RP yang berterusan, anda akan sentiasa menikmati diskaun untuk produk kegemaran anda. Anda juga boleh menukar RP anda kepada Nilai Mata Kad (CVP) iaitu, 1 RP = 3 CVP dan menggunakannya untuk mengambil bahagian dalam Lelongan CVP kami.
Kupon-kupon Penebusan (RC)
Selain daripada diskaun produk yang anda terima, anda juga mendapat Kupon Penebusan (RC) yang boleh ditukar atau digunakan untuk membeli produk dengan diskaun yang amat tinggi. Anda mendapat 1 RC untuk setiap belian RM30 (SGD/BND15) berdasarkan nilai bersih dalam satu invois, dan RC tambahan dari jumlah jualan bulanan seperti berikut :
Anda juga berhak memohon Kad Bank Jenama-Bersama eCosway. Setiap kali anda membayar menggunakan Kad Kredit atau Kad Bayaran Jenama-Bersama eCosway, anda akan meraih eVolum (eV) dan Nilai Mata Kad (CVP). C

Pemilik Perniagaan meraih CVP apabila mereka menggunakan Kad Bank Jenama-Bersama eCosway untuk membayar apa jua, di mana saja di dunia. Dengan CVP, anda boleh membida hadiah-hadiah hebat di Lelongan CVP dalam talian.

------------- Bagaimana Anda Memperolehi Keuntungan -------------
Apabila anda atau sesiapa dalam rangkaian anda menjual atau membeli dari mana-mana kedai kami, eVolum (eV) akan dijana. eV ialah nilai jumlah jualan yang diperuntukkan untuk setiap produk.
Setiap bulan, eV yang diraih oleh rangkaian anda akan dikira dan dibayar kepada anda dengan empat jenis keuntungan:
Nota: Untuk kiraan keuntungan bulanan, 1 eV = 1 eDolar = RM3.5 (SGD/BND1.50).
Keuntungan anda akan dibayar secara bulanan.
Keuntungan Runcit : Retail Profit:
Apabila anda menjual produk kepada pelanggan pada harga runcit yang disyorkan, anda akan meraih perbezaan di antara harga runcit dan harga Mata Penebusan berdiskaun anda. Di samping itu, keuntungan runcit sehingga 23% akan dibayar pada eVolum (eV) bulanan yang dihasilkan melalui Jualan Peribadi (terdiri daripada pembelian anda sendiri dan pembelian Pembeli VIP anda). Walaupun keuntungan runcit hanya dibayar untuk Jualan Peribadi, peratusan yang anda perolehi adalah berdasarkan volum keseluruhan rangkaian anda. Oleh itu, semakin besar rangkaian. Oleh itu, semakin besar keuntungan yang akan anda perolehi daripada belian peribadi dan jualan runcit.
Cawangan Berganda : Branch Overrides:
Anda akan menerima peratusan berganda melalui eV yang dijana oleh setiap cawangan Pemilik Perniagaan anda, berdasarkan perbezaan di antara peratusan kelayakan anda dan mereka.
Carta Keuntungan Runcit & Cawangan Berganda (di sebelah) digunakan untuk menentukan kelayakan ini.
Insentif Prestasi Cawangan (BPI) :
Branch Performance Incentive (BPI):
Anda akan menerima jumlah tetap berdasarkan kepada setiap cawangan Pemilik Perniagaan anda (termasuk Jualan Peribadi anda) yang melebihi 500 eV setiap bulan (kecuali cawangan eV tertinggi, yang berfungsi sebagai cawangan kelayakan untuk insentif ini). Sila rujuk kepada carta untuk mengetahui jumlah yang akan anda terima bagi setiap cawangan.
Insentif Ekstra (EI):
Extra Incentive (EI):
Anda akan menerima Insentif Ekstra berdasarkan jumlah setiap cawangan BO anda (termasuk Jualan Peribadi) yang melebihi 500 eV setiap bulan (kecuali cawangan eV tertinggi yang berfungsi sebagai cawangan kelayakan untuk insentif ini). Sila rujuk kepada carta untuk mengetahui jumlah yang anda akan terima bagi setiap cawangan.
Nota: Jika anda mempunyai cawangan yang kurang daripada 500 eV, anda masih layak mendapat Insentif Ekstra dengan menggabungkan jumlah volum untuk mencapai aras kelayakan eV (seperti yang ditunjukkan pada bahagian kiri jadual). Walaubagaimanapun, eV gabungan cawangan tidak boleh melebihi (dan akan dihadkan) paras eV cawangan kelayakan anda.
Bagaimana Untuk Mendapat Kelayakan Insentif Ekstra (EI):
Jumlah Insentif Ekstra (EI) yang anda perolehi bergantung kepada volum Jualan Peribadi yang anda hasilkan dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran anda . Setelah kelayakan ditentukan, ia kekal sepanjang Pemilikan Perniagaan anda.
eV kelayakan EI khas ini hanya boleh dipenuhi melalui pembelian set produk istimewa eV kami. eV melalui pembelian produk lain tidak termasuk.
Set Produk Istimewa eV
Terdapat pelbagai set produk istimewa eV untuk Pemilik Perniagaan. Sebagai insentif untuk anda mencuba atau menjual produk kami, kami menawarkan produk-produk yang dipakej khas pada harga diskaun yang jauh lebih tinggi. Anda boleh memilih untuk membeli satu atau lebih set produk sehingga maksimum 500 eV bagi setiap Pemilik Perniagaan.
Set produk istimewa ini hanya boleh dibeli dalam masa 30 hari pertama selepas tarikh pendaftaran anda di kedai, di mana anda berdaftar.
Contoh bagaimana Insentif Ekstra (EI) berfungsi
Nota: Contoh di atas menganggapkan yang anda telah layak untuk Insentif Ekstra Tidak Terhad.
Pengiraan Insentif Ekstra :.
Extra Incentive Calculation:
Jumlah Insentif Ekstra (EI) anda dalam contoh ini ialah: 625 eDolar
--------- Bagaimana Pelan Keuntungan eCosway berfungsi ---------Nota: Contoh di atas menganggapkan yang anda telah layak untuk Insentif Ekstra Tidak Terhad.
- Keuntungan Runcit:
Peratusan kelayakan anda ialah 23%. (Jumlah keseluruhan volum cawangan anda = 50,500 eV.)
Keuntungan Runcit Anda = 23% daripada Jualan Peribadi 500 eV = 115 eDolar
- Cawangan Berganda:
Setiap cawangan 5,000 eV layak untuk 9%.
Keuntungan Cawangan Berganda Anda = 23% - 9% = 14%
Jumlah Keuntungan Cawangan Berganda Anda = 14% x 5000 eV x 10 cawangan
= 7,000 eDolar
- Insentif Prestasi Cawangan (BPI) :
Jualan Peribadi 500 eV BPI anda = 20 eDolar
BPI bagi setiap cawangan 5,000 eV anda = 300 eDolar
Jumlah Insentif Prestast Cawangan Anda = 20 eDolar + (300 eDollars x 9 cawangan) = 2,720 eDolar
- Insentif Ekstra (EI):
Jualan Peribadi 500 eV EI anda = 25 eDolar
EI bagi setiap Cawangan 5,000 eV anda = 450 eDolar
Jumlah Insentif Ekstra Anda = 25 eDolar + (450 eDolar x 9 cawangan)
= 4,075 eDolar
----------------- Daftarlah Sebagai Pemilik Perniagaan ----------------
Untuk menjadi Pemilik Perniagaan eCosway bebas, anda hanya perlu membayar yuran langganan tahunan sebanyak RM100 (SGD/BND50). Ini termasuk langganan Katalog Produk kami dan Sistem Sokongan Pemilikan Perniagaan (B.O.S.S.).
Anda akan mendapat:
- Kad keahlian (yang mesti ditunjukkan untuk membeli produk).
- Kit permulaan bersama Panduan Pelan Pemasaran, Katalog Produk dan bahan-bahan sokongan perniagaan.
- 20 Mata Penebusan (RP).
- Diskaun dan promosi produk yang hebat.
- Akses kepada Sistem Sokongan Pemilikan Perniagaan (B.O.S.S.) di www.ecosway.com di mana anda boleh memantau jualan, pembelian, perkembangan rangkaian anda dan mengurus perniagaan anda.
- Untuk kelayakan kepada sebarang keuntungan, anda perlu menjana minimum 15 eV melalui pembelian peribadi anda (eV yang dijana melalui Pembeli VIP akan diambil kira dalam pengiraan keuntungan anda, tetapi tidak dikira untuk kelayakan ini. 15 eV ini mestilah melalui pembelian anda sendiri).
- Anda juga perlukan antara 5 hingga 30 ¡°Unit Kelayakan¡± (QU) setiap bulan, bergantung kepada jumlah keuntungan yang anda patut perolehi.
Bagaimana Anda Memperolehi QU:
5 QU akan diperolehi bagi setiap belian RM50 (SGD/BND25) yang anda lakukan di dalam satu invois. Ini tidak termasuk pembelian melalui Pembeli VIP. Semua QU terkumpul anda akan secara automatik disimpan ke dalam rizab. QU ini akan ditolak daripada rizab apabila diperlukan untuk pembayaran keuntungan.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah QU yang anda perlukan setiap bulan untuk melayakkan anda untuk meraih keuntungan berdasarkan kepada pelan keuntungan.
Nota: Jika anda mempunyai 5 hingga 30 QU tetapi tidak mempunyai 15 eV melalui Jualan Peribadi dan pembelian melalui Pembeli VIP, anda tidak akan menerima sebarang keuntungan untuk bulan tersebut.
-------------- Syarat & Peraturan Pemilik Perniagaan -------------
- Untuk terus menikmati manfaat sebagai Pemilik Perniagaan eCosway yang bebas, anda perlu membayar yuran pembaharuan sebanyak RM50 (SGD/BND30) pada setiap bulan ulangtahun Pemilikan Perniagaan anda . Semua hak-hak Pemilikan Perniagaan tidak akan sah jika Pemilikan Perniagaan anda luput.
- Jika Pemilikan Perniagaan anda telah luput, status anda akan bertukar menjadi Pembeli VIP secara automatik selama setahun.
- Sila rujuk kepada Borang Pendaftaran Pemilik Perniagaan untuk Syarat dan Peraturan Pemilik Perniagaan yang lengkap.
------------------- Memperkenalkan Pembeli VIP -------------------
Program Pembeli VIP membolehkan anda memperkenalkan produk eCosway kepada kawan-kawan dengan mudah dan membolehkan mereka menikmati diskaun dan promosi produk yang sama seperti Pemilik Perniagaan. Lazimnya, maklumat tentang pelancaran produk baru dan promosi terkini yang dicetak berwarna akan dihantar kepada mereka. Di samping itu, rangkaian ekstensif kedai kami membolehkan Pembeli VIP membeli di mana-mana kedai yang berdekatan. Pembelian melalui Pembeli VIP yang
anda perkenalkan akan menyumbang kepada
Jualan Peribadi anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ganjaran Pembeli VIP dan bagaimana untuk menyertainya, sila rujuk kepada lampiran berasingan yang turut dimuatkan di dalam Kit Permulaan anda.
englishenglishenglishenglishenglish
Marketing Plan
- Joining fees RM30
- Joining fee RM100 + 100 ev package 1 (app. – RM440) ‘1 Extra Incentive’
or
+ 250 ev package 2 (app. - RM1100) ‘3 Extra Incentive’
or
+ 500 ev package 3 (app. - RM2200) ‘unlimited Extra Incentive’
or
+ 1100 ev family package 4 (app. - RM5500) ‘as 500 ev’
a) As a Business Owner (BO) YOU can do Networking or Introducer
- No breakaway and for life network
- No capital
- Umobile (RM)
- ev Branch Performance Incentive (USD)
- ev Extra Incentive (USD)
- No breakaway and for life network
- No capital
AND
- No Rental Cost
- No Renovation and Furniture Cost (Air Conditioners, Computers (2-3), Racks, Table/Chairs,
CCTV, plasma TV, counter, magnetic doors, lightings and etc provided)
- No Electricity Bills
- No Upfront Stock Purchase (Consignment RM300K – RM500K)
- No Marketing Cost
- Umobile (RM)
- Retail Store Sales Profit (RM)
- 1st 6 months = 10% of sales
- 7th month onwards = 10% of RM30K sales and 5% of above RM30K sales
- ev Branch Overrides (USD) - Bo- Overriding your own product and down line’s product
- Product Knowledge and Training
- Pass Interview
- Refundable Deposit Franchise Fee of RM10K
(can be deducted from retail profit upon commencement of retail store)
- 2 guarantors of RM3.5K Salary or 1 guarantor of RM5K Salary or Refundable RM20K (can be deducted from retail profit upon commencement of retail store)
Example to calculate Bo, Bpi and Ei –
ev (Bpi) is 600 (chart) x 4 (less 1 qualifying branch) = 2400 x 3.5 = RM8400
ev (Ei) is 700 (chart) x 4 (less 1 qualifying branch) = 2800 x 3.5 = RM9800
Total RM37450
ev (Bo) according to (Bo) chart = 50 000 ev = 23%, =10 000 ev = 12%
ev (Bpi) according to (Bpi) chart = 10 000 ev = 600
ev (Ei) according to (Ei) chart = 10 000 ev = 700
Las Vegas casino and sports betting app problems
ReplyDeleteCan I gamble online at the Wynn Casino or 전라북도 출장샵 the Caesars Sportsbook in Las 군포 출장안마 Vegas? Wynn Online is 익산 출장안마 not working properly, 전라남도 출장샵 but it's not 평택 출장샵 going to stop me.